Hujan lebat mengila di kawasan Bukit Dukong, Kajang. Guruh berdentum bagaikan marah kepada bumi. Langit tampak merah menyala. Namun tidak menganggu sedikit pun kumpulan manusia yang cuba meceroboh Pengkalan Utama Tentera Golka.
Syytt….
Yen Rabu memberi isyarat telunjuk di bibir sambil menolak perlahan jeriji besi itu.. dengan pantas 6 susuk operatif berlari ke dalam..
Yen Rabu memerhati kelibat rakan sepasukannya berlari sambil matanya liar memandang sekeliling. Walaupun sudah beratus-ratus operasi sulit diketuai oleh beliau, namun keselamatan harus diutamakan. Silap sedikit boleh mengagalkan operasi sangat penting dan sulit ini.
Saya segera memandang arah beliau yang berada di belakang saya. Cilaka! Beliau tergelincir. Badannya yang besar menyukarkan kami membantu untuk bergerak pantas. Malah dengan peralatan kamera yang sarat ditubuhnya menambahkan kesukaran tersebut.
“hei…campak sahaja kamera tu!” tegur Yen Rabu selaku ketua operasi dengan perlahan tetapi keras.
Dengan pantas saya mengambil kamera canggih jenis Canon 555D itu dari leher Dabusta. Yen Rabu meyeret beliau dengan menarik beg galasnya. Muka Dabusta nampak sedikit pucat. Mungkin belum makan lagi agaknya.
Kelihatan Boba Dey melambai-lambai tangan kearah kami tanda untuk masuk ke blok bangunan itu. Dari pemerhatian terdapat 3 blok bangunan dalam pengkalan ini.
“cepat..cepat..” Boba Dey memanggil sambil melambai-lambai tangan.
Dengan pantas kami bertiga menghampiri bangunan tersebut. Memang berat kamera ini. Dengar kata kamera ini beresolusi tinggi dengan kemampuan 600k megapiksel dengan aplikasi digital sepenuhnya. Tetapi dari apa yang diberitahu lagi oleh Dabusta, Special Cameraman kami, kelemahan kamera ini pada beratnya yang menjangkau 15 kilogram.
Memang berat.
“fuck…!! Apesal lambat…lainkali senaman banyak sikit la.. jangan suka makan ayam tandoori je tiap-tiap malam..ni dah tergelincir..sape susah..” bebel Boba Dey bersendirian bila kami sampai kepadanya. Kami bertiga diam. Paham dengan perangainya yang kuat membebel.
“Syyt…diam..” beritahu Tajul Latif sambil cuba membuka pintu blok bangunan itu dengan kepakaran beliau. Tak sampai seminit, pintu itu dapat dibuka. Kami berenam tersenyum sambil memandang diri masing-masing. Memang layak beliau berada di dalam kumpulan elit ini.
Dengan perlahan pintu dibuka. Kelihatan lorong-lorong sempit tanpa tanda di hadapan kami.
“Mama Sarara..” panggil saya perlahan pada wanita berumur lingkungan 70an ini. Walaupun umurnya sudah mencapai tahap bersara bagi pekerja kerajaan, namun kredabiliti dan prestasi beliau masih diperlukan dalam kumpulan Papi Richard ini, satu-satunya kumpulan paling elit dan sulit di seluruh Malaysia.
Tanpa diarah, Mama Sarara segera mengeluarkan peta dari begnya, dilembarkan untuk dilihat semua ahli kumpulan. “ini lorong utama yang akan menghubungkan blok bangunan ini dan blok yang yang lain. Jika dilihat, blok yang dihuni oleh pemimpin Tentera Golka adalah blok C. maksudnya blok ketiga. Kita perlu melepasi blok kedua ini dahulu.” terang Mama Sarara jelas dan terang. Sedikit pun tak terpada pada umurnya yang tua renta itu.
“jadi sekarang, hanya satu lorong ini sahaja kita perlu lalui untuk tugasan kita kali ini bukan?” Tanya saya sambil menunjukkan lakaran lorong dipeta itu.
“syyssst..diam..ada orang..” beritahu Dabusta sambil memegang kamera beliau memerhati. Aplikasi heat thermal didalam camera itu digunakan sebaiknya.
“ada 13 orang, lengkap dengan senjata, dari arah barat.” Jelas Dabusta lagi sambil membetulkan kedudukan kameranya itu.. gampang.nampaknya kami terpaksa melakukan sesuatu. Operasi ini tidak boleh gagal. Kami memegang amanah seluruh Negara. Seluruh rakyat. Kekejaman tentera golka sudah sampai ke maksimum. Kami tak akan mempersia-siakan tanggungjawab ini. Lagu “jika kau fikirkan kau boleh” bagai berkumandang disetiap telinga ahli kumpulan ini.
“Boba Dey, Achong Chopper. Ini tugas kamu berdua, lakukan dengan sebaiknya.” Arah Yen Rabu kepada saya dan Boba Dey. Kami berdua tersenyum sendirian. Kali ini tiba masanya untuk saya menunjukkan kemampuan saya sebagai salah seorang ahli dalam Papi Richard.
Dalam kumpulan Papi Richard semua ahli boleh menembak dengan baik dan tepat. Namun untuk menjadikan ianya kosisten dengan tugasan operasi yang diberikan, hanya kami berdua sahaja dapat menyelesaikannya. Saya dan boba dey.
Curut dinyalakan. Saya menghembuskannya dengan perlahan. “ sudah bersedia monyet?” panggilan mesra saya kepada boba dey. Beliau mengangguk sambil memasukkan magazin berisi penuh kedalam Mp-5.2, senjata jenis petempuran jarak dekat dengan saiz peluru 14mm. tak dilupakan juga, mempunyai ‘silencer’. Sesuai dgn tugasan kali ini.
Kami segera ke lorong barat, dengan pantas tetapi senyap.
Hanya pintu membatasi kami di lorong ini. Saya member i isyarat masuk kepada Boba Dey. asap curut sedikit memedihkan mata kami. Boba Dey angguk.
Pintu dikuak.
Cilaka!! Saya tersentak…
Dihadapan kami, tentera-tentera wanita yang cantik lengkap bersenjata sedang menyalin pakaian. Sempat dalam masa yang teramat singkat itu, otak saya memikirkan untuk menjadikan mereka ini sebagai tawanan. Ya, tawanan saya.
“hoi!! Senyum sorang-sorang!!” jerit Boba Dey kepada saya sambil menarik picu senjatanya.
“Kacau daun betul.” getus hati kecil ini. Hilang segala angan saya tadi.
Picu ditarik. laras dihala ke arah mereka.
……………
…………..
Darah panas memancut-mancut bila tubuh mereka terkena hujan peluru dari kami. Sememangnya elit, mereka tidak sempat mengacu senjata langsung. Semuanya rebah ke bumi. Darah membasahi lorong barat itu. hamis dan melekit.
“bingkas sekarang!” beritahu ketua kami, Yen Rabu yang telah pun berada di belakang kami.
“kita kena laksanakan tugas kita secepat mungkin.” Katanya lagi sambil bergerak menuju kehadapan.
Menuju ke pintu utama.
bersambung....
No comments:
Post a Comment